Tak dinafikan, BLACKPINK memang selebriti dalam kalangan selebriti!
Pada 5 Julai semalam, BLACKPINK kembali reunion atas satu pentas untuk hari pertama konsert jelajah ‘DEADLINE’, yang bermula di Seoul.
Selain puluhan ribu peminat yang memenuhi Stadium Goyang, ramai juga selebriti popular yang dilihat menghadiri konsert tersebut dan turut serta menikmati persembahan kumpulan itu.
Lee Min Ho.pic.twitter.com/kbTNQwBPtz
— plu ✦ (@iBPNKLLY) July 5, 2025
Menerusi Instagram, Lee Min-ho telah berkongsi beberapa foto ketika menghadiri konsert itu dan nampak bersemangat apabila dia turut memegang ‘lightstick’ BLACKPINK!
Bukan sahaja Lee Min-ho, artis lain yang turut memberi sokongan buat Ji-soo, Jennie, Rosé dan Lisa adalah Suho EXO, Park Myung-soo, Seol In-ah, Bona, Lee Eun-saeum, Kim Jong-soo, Gray dan ramai lagi.
Memang meriah habis!