Meriah betul hari ini dengan ramai selebriti yang bakal berkahwin!
Pada 26 Mei hari ini, akan ada 4 pasangan selebriti yang bakal berkahwin dan mengadakan majlis perkahwinan mereka.
Ma Dongseok & Ye Junghwa
Meskipun sudah berkahwin secara sah pada 2021, Ma Dong-seok dan Ye Jung-hwa baru sahaja sempat untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka hari ini, yang akan dihadiri hanya keluarga dan kenalan rapat.
Thunder & Mimi
Selepas 5 tahun bercinta, Thunder bekas ahli MBLAQ akan melangsungkan perkahwinannya bersama bekas ahli GUGUDAN iaitu Mimi. Untuk pengetahuan, pelakon Choi Soo-jong akan mengacarakan majlis tersebut dan kakak Thunder iaitu Sandara Park akan menyanyikan lagu ucapan tahniah untuk pasangan itu nanti.
Ryeowook & Ari
Sudah 4 tahun menjalinkan hubungan, Ryeo-wook SUPER JUNIOR dan Ari bekas ahli TAHITI akan berkahwin pada hari ini dan mengadakan majlis mereka secara tertutup.
Kim Minwoo
Akhir sekali adalah penyanyi Kim Min-woo yang akan berkahwin dengan pasangannya yang bukan seorang selebriti, di Gangnam, Seoul. Sebelum ini, lelaki itu pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan namun, isterinya telah meninggal dunia pada 2017.
Tahniah buat mereka!