Ikuti Kami:

“Merepek Dan Lawak..” – Kim Jongkook Perjelas Dakwaan Guna Steroid Untuk Bina Otot

“Merepek Dan Lawak..” – Kim Jongkook Perjelas Dakwaan Guna Steroid Untuk Bina Otot

Tiada angin, tiada ribut, Kim Jong-kook tiba-tiba dituduh oleh seorang ahli bina badan yang juga merupakan YouTuber bagi kecergasan menggunakan steroid untuk membantu membentuk badannya.

Tidak mendiamkan diri, ahli “Running Man” memuat naik sebuah entri baru di saluran YouTube miliknya seolah-olah membalas dakwaan tersebut.

Hello, ini ialah GYM JONGKOOK, Kim Jong-kook!

Saya tak sangkakan hal ini.. isu yang mengujakan dan menyeronokkan~ Asalnya, saya hanya mahu gelakkannya dan membuat video hiburan pendek dan meninggalkan komen sahaja, namun ianya dilaporkan berita.. dan jika hanya biarkannya.. ia mungkin merupakan kandungan yang baik. Jadi, saya tak boleh biarkan sahaja sebagai YouTuber baru.. Kalau perlu, saya bercadang untuk melalui segala ujian yang wujud di dalam dunia ini. Saya sudah melakukan satu daripadanya hari ini. Kalau ada ujian umum yang diketahui anda, sila cadangkan buat saya di bahagian komen~

Selepas menanyakan pengikutnya mengenai cara untuk menjalani ujian doping dengan lanjut, dia menambah,

Kita perlu tunjukkan kepada mereka bahawa ia adalah mustahil untuk melakukannya tanpa bantuan dadah seperti apa yang difikirkan oleh mereka adalah sangat mudah dialkukan di Korea~ (ft. kepedasan orang Korea) Awak boleh simpan sejuta dollar itu.. tapi saya rasakan awak akan berasa malu.. saya berasa risau..

kim jongkook

Keesokan harinya, Greg Doucette memuat naik sebuah video baru di mana dia memberikan reaksi kepada respon Kim Jong-kook serta laporan berita mengenai dakwaannya.

Kim Jong-kook kemudiannya membalas balik dengan entri yang lebih panjang di laman YouTube miliknya,

Sekarang awak kata tak ada cara untuk menyemaknya dan tiada masalah untuk menggunakannya? Yang ianya boleh digunakan? Tiba-tiba? Merepek dan kelakar.

Kalau ianya dadah, kalaupun ianya boleh digunakan, ia masih merupakan masalah bagi seseorang di posisi saya. ianya boleh digunakan oleh orang biasa atas nasihat doktor untuk kesihatan dan kebahagiaan mereka.

Namun sekiranya saya, Kim Jong-kook melakukannya, ia adalah masalah yang besar di sini. Saya sudah 27 tahun hidup sebagai penyanyi dan pelakon seperti itu, Saya membuka saluran ini dengan badan saya yang biasa-biasa, hanya kerana saya mahu berkongsi mengenai kehidupan bersenam saya berdasarkan kerja keras dan kesihatan, sekiranya ia mampu membantu walaupun seorang sahaja untuk mempunyai harapan untuk memiliki kehidupan yang sihat selepas melihat saya sebagai bukti asal. Sebab itu saya membuka saluran ini walaupun banyak kekurangan saya.

Selepas melihat video saya daripada berbulan lalu, orang itu mendakwa tidak mungkin seseorang mempunyai badan seperti itu dan kemampuan untuk melakukan senaman sedemikian sekiranya ianya adalah natural? HR apa? hormon apa? Katanya, saya melakukan semua itu.

Apa pun, tak kisah peringkat hormon ditambah atau natural akan didedahkan kalau saya lalui ujian. Jangan risau, saya akan ambil semuanya satu persatu, jadi tungguh sahaja semua. Dan dia cakap saya bersenam selama 2 ke 3 jam, geramnya.. Saya selesai bersenam dalam masa sejam setengah sahaja.. Saya rasa dalam kejiranannya, mereka ambil masa rehat 10 minit selepas setiap set.. daripada cara dia mengiranya.. Dan perlukah saya mengejutkannya lagi.. Saya tiada hari rehat.. Saya rehatkan bahagian bawah badan apabila bersenam dengan bahagia atas badan, dan bahagia atas badan berehat apabila saya bersenam pada bahagian bawah badan.

50 set? Saya tak tahu apa yang hebat mengenainya.. Kalau awak ingin tahu mengenai cara saya melakukan 50 set, awak boleh langgan saluran saya.

Seseorang yang tak pernah memanjat gunung tinggi dengan sendirinya mengatakan dari bawah bahawa ada yang memacakkan bendera di atasnya. ‘Awak tak boleh pergi ke atasnya tanpa helikopter. Orang itu menggunakan helikopter untuk sampai ke atas. Disebabkan saya juga menggunakan helikopter untuk ke atas. Tak, malah rakan-rakan di sekeliling saya. Ia bukannya salah.. Dalam buka yang dibaca.. Ah, saya tak tahu.. Saya adalah pakar!

Sedap je tuduh..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...