Ramai sebenarnya yang mengecapi populariti sebab “Running Man” kan?

Semasa pasukan “How Do You Play” berkumpul di restoran milik Haha dan Kim Jong-kook, mereka berbual mengenai kemungkinan untuk berkolaborasi dengan “Running Man”. Joo Woo-jae yang menyedari hal itu bertanya,
Betul lah, mereka bertiga (Kim Jong-kook, Haha dan Yoo Jae-suk) ialah ahli ‘Running Man’?
Usik Kim Jong-kook,
Kenapa, tak suka ke? Awak dah lah berjaya kerana ‘Running Man’.
Ujar Yoo Jae-suk,
Sebenarnya kita yang membesarkan Joo Woo-jae, sama juga dengan Mi-joo.
Tambah Kim Jong-kook,
Ramai sebenarnya yang popular sebab ‘Running Man’ tapi mereka pergi ke tempat (rancangan hiburan) lain.
Kan best kalau mereka datang “Running Man” lagi?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.