Tinggal dua hari sebelum majlis perkahwinan Choi Tae-joon dan Park Shin-hye berlangsung, ramai rakan artis yang menunjukkan sokongan buat mereka.

Terbaru, pelakon yang popular dengan watak ‘ibu’ dalam K-Drama iaitu Kim Mi-kyung telah memuat naik entri bermakna buat pelakon wanita itu di mana mereka meluangkan masa makan tengah hari bersama.
Ucapnya,
Eun-sang bakal berkahwin dan menjadi ibu! Walaupun janji temu yang singkat, saya sangat risau dan telah menjerit ‘Berhati-hati!’ sebanyak 50 kali rasanya. Mereka merupakan pasangan yang cantik dan baik dan tak mampu diterangkan dengan perkataan. Semoga mereka diberkati dan bahagia sentiasa. Tahniah~ Semoga melalui kehidupan yang cantik dan sihat.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, Kim Mi-kyung pernah membawa watak ibu Park Shin-hye dalam drama “The Heirs” yang ditayangkan pada 2013.
Rasa macam nak marathon balik “The Heirs”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.