JYP Entertainment tak dinafikan telah melahirkan banyak artis dan kumpulan K-Pop yang berbakat.
Baru-baru ini, pengasas JYP Entertainment sendiri iaitu Park Jin-young, telah muncul sebagai tetamu dalam program ‘JohnMaat‘ di YouTube, yang diacarakan oleh Joon Park dan Brian Joo.
Ketika sedang berborak, Park Jin-young turut ditanya tentang artis manakah yang paling popular atau banyak memberi keutungan pada syarikat. Jawabnya jujur,
TWICE dan STRAY KIDS. Mengikut keutungan, dua kumpulan itu paling tinggi. Tiket konsert TWICE di Stadium SoFi semua habis dijual.
Sambungnya,
Tapi sekarang, DAY6 sedang mengejar. Mereka juga berjaya jual semua tiket untuk setiap konsert mereka.
Untung JYP ada ramai artis yang berbakat!