G-Dragon memang tidak dinafikan adalah salah seorang selebriti Korea yang sering mendapat perhatian netizen.
Terbaru, G-Dragon telah berkongsi di Instagram Story foto hadiah yang diterimanya dari jenama mewah MIU MIU. Dia menulis kapsyen,
Terima kasih untuk hadiah cantik ini dari @miumiu.
Apa yang menarik perhatian, gambar tersebut turut dimuat naik bersama dengan pelekat Won-young IVE, yang terletak di bawah kapsyen.
Selepas foto itu disebar, ia terus mendapat perhatian dan mencetuskan perbincangan antara netizen. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa kedua idola itu mempunyai hubungan istimewa kerana pelekat tersebut diletakkan di bawah perkataan ‘lovely’.
Bagaimanapun, ada juga yang menebak bahawa G-Dragon sengaja meletakkan pelekat Won-young, memandangkan ahli IVE itu merupakan duta global untuk jenama MIU MIU.
Tambahan pula, pelekat Won-young adalah salah satu pilihan yang akan muncul apabila mencari pelekat untuk ‘miu miu’ di Instagram Story.
Ohh..