Ikuti Kami:

“Mereka Datang Ke Muzikal Saya” – Lee Kyuhyung Terima Sokongan Baik Dari Pelakon ‘Hi Bye Mama’

“Mereka Datang Ke Muzikal Saya” – Lee Kyuhyung Terima Sokongan Baik Dari Pelakon ‘Hi Bye Mama’

Lah, rupanya pelakon Lee Kyu-hyung berkawan baik dengan Kim Tae-hee!

Baru-baru ini, pelakon Lee Kyu-hyung bertemu dengan Star News dalam satu sesi temu bual dan membicarakan mengenai teater muzikal “Crash Landing On You”.

Ianya merupakan teater muzikal yang diadaptasi menerusi siri Netflix “Crash Landing On You” yang pernah dilakonkan oleh Hyun Bin dan Son Ye-jin. Drama lakonan mereka berjaya menjadi drama hit dan mencatat rekod penonton tertinggi sebanyak 21.7%.lee kyuhyungLee Kyu-hyung berkata,

Kebanyakan pelakon yang tampil dalam “Crash Landing On You” ini, merupakan rakan terdekat saya. Oh Man-seok, Ko Kyu-pil dan Tang Jun-sang dan mereka semua mahu menonton muzikal saya. Namun, saya ingin menunggu sehingga kualiti persembahan saya memuaskan. Baru saya akan menjemput mereka.

Pelakon Kim Tae-hee juga hadir bertemu dengan Lee Kyu-hyung selepas selesai persembahannya, terus mencuri perhatian daripada peminat. Lee Kyu-hyung berkata,

Kumpulan “Hi Bye Mama” datang melihat muzikal bersama. Selepas tamat persembahan, kami semua keluar makan bersama dan Rain juga ada di sana. Kim Tae-hee kata muzikal ini nampak lebih menarik dan ‘fun’ berbanding drama sebenar.

rainBagusnya saling menyokong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...