Ikuti Kami:

“Mereka Cuma ‘Call’ Bila Nak..” – Pelakon ‘Kairos’ Ini Dedah Pernah Kena Palau Dengan Ramai Pelakon Lain

“Mereka Cuma ‘Call’ Bila Nak..” – Pelakon ‘Kairos’ Ini Dedah Pernah Kena Palau Dengan Ramai Pelakon Lain

Bukan senang kan untuk beberapa pelakon menyesuaikan diri dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, Nam Gyu-ri, Lee Hong-gi, Jo Kwon, Jung Yi-rang dan Yoon Soo-hyun telah muncul sebagai tetamu dalam program “Strong Heart VS”.

Dalam siaran itu, Nam Gyu-ri yang popular dengan dramanya seperti “Kairos”, “You Are My Spring” dan banyak lagi, telah membuat satu pendedahan. Kongsinya,

Saya sering keseorangan jadi saya pernah beberapa kali pergi ke beberapa acara perhimpunan pelakon. Tetapi saya sedar, saya telah dipalau. Sekarang bila fikir balik, mungkin perkara yang saya suka adalah berbeza dari orang lain.

nam gyuri

Luah pelakon berusia 38 tahun itu lagi,

Saya menyedari bahawa mereka hanya menghubungi saya apabila mereka memerlukan seseorang untuk memandu. Beberapa tahun kemudian, saya ada terlibat dengan satu projek bersama dengan salah seorang pelakon dari acara itu. Ketika itulah saya dapat tahu yang saya dipalaukan. Namun, saya tetap rasa seronok bila ada juga orang yang mengucapkan tahniah kepada saya apabila sesuatu berjalan lancar.

Siapalah yang palau Nam Gyu-ri tuu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...