Ikuti Kami:

“Mereka Cool Je” – Ini Sebab Pasangan Kekasih Kim Woobin & Shin Minah Sertai ‘Our Blues’ Bersama

“Mereka Cool Je” – Ini Sebab Pasangan Kekasih Kim Woobin & Shin Minah Sertai ‘Our Blues’ Bersama

Tak sabar rasanya nak tonton pasangan kekasih iaitu Kim Woo-bin dan Shin Min-ah dalam drama “Our Blues” nanti.

Meskipun berpasangan dengan pelakon lain di dalam siri omniverse itu, namun rata-rata peminat teruja kerana tidak menyangka bahawa mereka akan muncul dalam drama yang sama.

Menerusi sidang media “Our Blues” yang baru berlangsung, penulis Noh Hee-kyung sempat berkongsi sebab dia tidak meletakkan kedua mereka sebagai pasangan kekasih di dalam drama ini.

tvn our blues

Jelasnya,

Sekiranya mereka dipasangkan, saya rasa mereka tak akan menerima tawaran berlakon ini. Apabila saya memberitahu bahawa keduanya akan mempunyai hubungan cinta berbeza, mereka okay sahaja.

Ditanya sekiranya ada apa-apa kerisauan lain mengenai hal ini, jawab Noh Hee-kyung,

Mereka berdua sangat cool, jadi tiada masalah lain.

tvn our blues

Untuk pengetahuan, “Our Blues” membawa pelbagai kisah penduduk di Jeju dan ianya akan bersiaran di Netflix bermula 9 April ini.

Haraplah ada babak mereka berjumpa dalam “Our Blues” nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...