Utama Rancangan Hiburan “Mereka Berpegangan Tangan” – Ahli ‘Running Man’ Usik Hubungan Cinta Jeon Somin...

“Mereka Berpegangan Tangan” – Ahli ‘Running Man’ Usik Hubungan Cinta Jeon Somin & Yang Sechan

jeon somin yang sechan

Jeon So-min dan Yang Se-chan nampaknya tak mampu menyorokkan ‘hubungan mesra’ mereka.

Dalam episod terbaru “Running Man”, kedua-dua mereka sekali lagi menjadi usikan ahli lain.

Ketika dalam satu misi, setiap ahli dan tetamu iaitu Jin BTS perlu mengakui segala persoalan yang diajukan buat mereka.

jeon somin yang sechan

Apabila ditanha mengenai teman lelakinya, Jeon So-min tanpa ragu-ragu menjawab dengan menunding jari kepada Yang Se-chan,

Itu dia di sana.

Kata Yoo Jae-suk pula,

Betul tu. Saya nak mereka berpegangan tangan di belakang studio rakaman tadi.

yoo jaesuk yang sechan

Malah Yang Se-chan turut mengikut sahaja permainan itu dan mengakui bahawa dia sangat menyukai Jeon So-min.

 

Dalam pada itu, mereka sempat mengusik Ji Suk-jin dan bertanya sama ada dia akan terus kekal dalam “Running Man”.

Jawab lelaki itu,

Tak, rakaman terakhir saya ialah pada minggu hadapan. Selamat tinggal semua.

ji sukjin

Amboi Yang Se-chan dan Jeon So-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNaver TV
Loading...