Ikuti Kami:

“Mereka Berdua Rapat Dengan Saya” – Yoon Byunghee Terharu Dilayan Baik Oleh Song Joongki & Jeon Yeobin

“Mereka Berdua Rapat Dengan Saya” – Yoon Byunghee Terharu Dilayan Baik Oleh Song Joongki & Jeon Yeobin

Dah lama ek drama “Vincenzo” habis? Tapi korang masih ingat tak watak-watak dalam drama tu?

Terbaru, pelakon Yoon Byung-hee yang pernah menerajui siri hit Netflix, “Vincenzo”, tampil dalam rancangan hiburan MBC, “Radio Star”. vincenzoMenerusi rancangan hiburan itu, Yoon Byung-hee berkongsi beberapa perkara yang berlaku di set penggambaran bersama Song Joong-ki dan juga Jeon Yeo-bin. Dia berkata,

Mereka adalah dua figura baik yang sering meluangkan masa bersama saya. Jadi, banyak yang saya boleh kongsikan tentang mereka. 

https://twitter.com/JoongKiPH/status/1586799974947299328

Dia menyambung,

Ada beberapa ketika set penggambaran itu rasa kurang selesa dan janggal bagi saya kerana saya hanya membawa watak kecil. Jadi, saya beritahu mereka saya rasa seperti tetamu sahaja di sini. Kemudian sejak dari itu, Jeon Yeo-bin kerap datang kepada saya dan bertanya, ‘Penghadaman kamu rasa selesa tak hari ini?’, lalu dia memberikan ubat penghadaman kepada saya.

https://twitter.com/JoongKiPH/status/1586803752006168576

Baru-baru ini, satu klip video Song Joong-ki dipaparkan dalam rancangan “Point of Omniscient Interfere”, sewaktu mereka di satu majlis anugerah. Melihat kepada peribadi Song Joong-ki, dia berkata,

Ketika itu saya ingin menyapa Song Joong-ki, tapi ada terlalu banyak kamera. Jadi, saya pergi menegurnya selepas itu kerana saya takut nampak tindakan saya agak tidak sopan jika saya terus menyapanya begitu sahaja. Namun, dia tidak rasa segan silu pun untuk menegur saya kembali. Dia sangat baik.

Comel je kan dorang dalam “Vincenzo”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...