Ikuti Kami:

“Mereka Amat Baik & Penyayang” – Coldplay Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan BTS Untuk ‘My Universe’

“Mereka Amat Baik & Penyayang” – Coldplay Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan BTS Untuk ‘My Universe’

Meskipun dari kumpulan dan negara berbeza, BTS dan Coldplay telah mencipta gelombang baru pada tahun 2021, selepas pelancaran lagu kolaborasi mereka “My Universe”.

Walaupun sudah beberapa bulan lagu itu dikeluarkan, nampaknya penyanyi utama Coldplay Chris Martin, masih tidak gentar untuk berkongsi rasa cinta dan kagumnya terhadap BTS.

Baru-baru ini Chris Martin telah membuat penampilan di rancangan temu bual popular “The Ellen Show”. Semasa temu bual itu, dia menceritakan bagaimana kerjasama itu terhasil, kerana seseorang memberitahunya bahawa BTS ingin berkolaborasi bersamanya. Dia pada awalnya berpendapat,

Pada masa itu, saya fikir, ‘Itu tidak akan berjaya. Bagaimanakah kita akan menyesuaikan kedua-dua perkara ini bersama-sama?’ Kemudian idea itu mula kelihatan sangat menarik dalam keanehannya.

bts coldplay

Proses seterusnya berlaku secara semula jadi kerana Chris Martin menemui lagu sempurna, yang dia yakin ianya harus menjadi lagu kerjasama antara kedua-dua kumpulan, Coldplay dan BTS. Setelah meluangkan banyak waktu bersama untuk proses keluaran dan persembahan lagu “My Universe”, Chris Martin turut menjelaskan rasa sayangnya kepada BTS,

Untuk sesuatu yang mungkin kelihatan sangat ‘dibuat-buat’, ia ternyata menjadi salah satu perasaan yang paling jelas. Saya benar-benar menyanyangi mereka.

Pengarah kreatif Coldplay Phil Harvey, juga berkongsi pendapatnya tentang BTS dan betapa ‘ikhlasnya’ mereka sebagai orang dan artis. Katanya,

Mereka sangat-sangat baik. Mereka benar-benar penyanyang. Mereka bertujuh sangat ‘sweet’, dan pasukan pengurusan mereka juga sangat baik.

Korang nak tak BTS dan Coldplay berkolaborasi sekali lagi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...