Eh betul ke ni?
Baru-baru ini, saluran media Korea telah mendedahkan maklumat terkini mengenai status kontrak individu di antara BLACKPINK dan YG.
Di mana, mereka telah turut menyatakan kebimbangan terhadap tindakan Jennie yang membina agensinya sendiri iaitu ODDATELIER, yang mungkin akan menghalang aktiviti kumpulan tersebut.
Dalam masa yang sama, media turut membuat spekulasi bahawa Lisa dan Ji-soo juga akan menubuhkan syarikat mereka sendiri dengan cara yang sama di masa hadapan.
Seorang penyelidik daripada Hyundai Motor Securities berkata,
Hasil pendapatan YG Entertainment bersama BLACKPINK buat masa kini adalah sebanyak 70-80%. Namun, jika kurang daripada 3 ahli kumpulan tersebut yang memperbaharui kontrak individu mereka, hasil pendapatan YG akan menurun sebanyak 50%.
Boleh dikatakan, apabila setiap ahli berada di bawah pengurusan syarikat yang berbeza, kekerapan aktiviti BLACKPINK sebagai kumpulan mungkin akan berkurangan.
Ianya kerana ahli akan banyak menghabiskan masa untuk aktiviti individu seperti lakonan dan hiburan.
Malah, terdapat juga kes kumpulan lain yang jarang membuat kemunculan semula dengan barisan ahli di bawah syarikat yang berbeza. Perkara ini dijangka akan turut berlaku kepada BLACKPINK.
Apa pendapat Korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.