Rasa tak lena tidur malam selepas dapat melihat sosok sebenar Cha Eun-woo ketika acara 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] anjuran Viu: Viu Scream Dates di Stadium Malawati baru-baru ini.
Bermula tepat jam 8 malam, ahli ASTRO itu memulakan majlis dengan gubahan lagu asal Lee Hyo-ri iaitu ’10 Minutes’ mengikut olahan yang sesuai dengan dirinya sendiri. Ternyata kuat bergurau, lelaki tersebut menyapa peminat sambil berbaring dan dia menerima sorakan meriah dari hadirin yang memenuhi stadium.

Kredit: Viu
Bukan itu sahaja, dia turut mempersembahkan pelbagai lagu lain seperti ‘F*cking Great Time’, ‘Stay’, ‘As Long As you Love Me (Backstreet Boys)’, ‘First Love’, ‘You Blow – Knock – Candy Sugar Pop (Medley)’, ‘Jealousy’, ‘Alone With You’, ‘Sailing’, ‘Memories’, ‘You’re The Best’, dan ‘Love So Fine’.
Hati Aroha (nama peminat ASTRO) Malaysia turut cair apabila Cha Eun-woo sedaya upaya menyebut pelbagai perkataan bahasa Melayu termasuklah ‘Saya sayang awak’, ‘Jom kahwin’ dan ‘Jom pergi KK (Kota Kinabalu)’.

Kredit: Viu
Peminat turut membalas peluh keringat pelakon “True Beauty” tersebut dengan mendedikasikan video mesej sempena sambutan ulang tahun ke-8 ASTRO.
Sayang Cha Eun-woo dan Viu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.