Ikuti Kami:

Menu ‘Jjapaguri’ Dalam ‘Parasite’ Dah Ada Di Malaysia, Harga RM38 Semangkuk!

Menu ‘Jjapaguri’ Dalam ‘Parasite’ Dah Ada Di Malaysia, Harga RM38 Semangkuk!

Filem “Parasite” ternyata berjaya mengubah pandangan penonton mengenai perbezaan kelas dalam masyarakat. Hasil garapan pengarah berbakat Korea Selatan itu meletakkan filem tersebut sehingga ke persada dunia dan naskhah itu telah memenangi anugerah berprestij iaitu “Filem Terbaik” di The 92nd Academy Awards.

Disebabkan oleh kepopularitian filem itu, banyak aspek dalam filem tersebut yang kini menjadi sebutan ramai. Antaranya lokasi penggambaran yang diguna pakai untuk merealisasikan segala babak “Parasite” turut menjadi tumpuan pelancong.

parasite

Antara tarikan lain dalam filem tersebut ialah menu ‘Jjapaguri’ iaitu gabungan antara ramyeon dan udon (ram-don). Daripada juadah itu, penonton dapat menangkap maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Bong Joonho. Seperti apa yang kita tahu, dua makanan yang popular di Jepun dan Korea ini adalah satu hidangan yang dikira sebagai murah sahaja kerana statusnya sebagai makanan segera. Walaubagaimanapun, ‘Jjapaguri’ dalam “Parasite” dikira sebagai makanan mewah kerana mereka menambah daging lembu sirloin yang boleh tahan mahal harganya. Tambahan ramuan istimewa itu melambangkan kekayaan keluarga Park.

jjapaguri parasite

Bagi rakyat Malaysia yang teringin sangat nak makan juadah yang kian popular ini, dikhabarkan bahawa Restoran Ben’s kini sedang melakukan promosi istimewa sehingga penghujung Mac ini sahaja. Semangkuk ‘Jjapaguri’ ini yang disediakan dengan saiz hidangan yang besar, anda boleh dapatkannya dengan harga RM38.

jjapaguri ben's

Jadi sesiapa yang teringin nak rasa juadah ini, jangan lupa untuk singgah ke mana-mana cawangan Ben’s. Ingat! Menu ini hanya ditawarkan sampai 31 Mac ini sahaja. Tak pasti sama ada ia Halal atau pun tidak, jadi pergi atas kerelaan sendiri.

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...