Ikuti Kami:

“Mental Saya..” – Jun Somin Akui Sukar Imbangi Kerjaya Lakonan & Program Hiburan

“Mental Saya..” – Jun Somin Akui Sukar Imbangi Kerjaya Lakonan & Program Hiburan

Setelah hampir setahun “Show Window” tamat, Jun So-min kembali dengan drama baru iaitu “Cleaning Up”.

Terbaru, sidang media untuk drama JTBC itu telah dijalankan di Seoul dan dihadiri oleh Jun So-min, Yeom Jung-ah dan Kim Jae-hwa.

Jelas Jun So-min mengenai wataknya, Ahn In-kyung,

Ia mempunyai persona berlainan dari projek terdahulu. Kalau dahulu ianya statik dan berat, namun watak dalam ‘Cleaning Up’ ialah menyenangkan, menyeronokkan dan dinamik.

jun somin

Malah Jun So-min sempat menjawab soalan berkaitan kesukaran menggabungkan kerjaya lakonan dan program hiburan. Katanya,

Ianya sangat menyronokkan. Saya sangat seronok, bersyukur dan gembira kerana dapat melakukan banyak perkara. Seminggu sekali saya dapat menyertai program hiburan dan masa selebihnya dihabiskan di set penggambaran drama, ada ketika perubahan itu menyebabkan mental saya mengalami kesukaran. Tapi saya sedang mengumpulkan ‘know how’ untuk mengendalikannya.

Dalam pada itu, “Cleaning Up” membawa kisah cabaran tiada batas yang tidak dijangka oleh tiga wanita pencuci yang melompat ke dalam peperangan saham selepas terdengar maklumat dalaman pada suatu hari. Di antara kehidupan dan kelangsungan hidup, ia menceritakan kisah tiga pekerja pembersihan yang memegang lembing ‘melonjak ke depan’ di sebelah tangan dan ‘terdesak’ di tangan yang sebelah lagi.

Jun So-min memang hebat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...