Tular di komuniti atas talian selepas Hae-chan NCT dikatakan merokok ketika sedang bersiaran langsung.
Baru-baru ini, Hae-chan dan Mark NCT telah melakukan siaran langsung bersama. Di mana di dalam video tersebut, Hae-chan dilihat telah mengelak daripada dirakam kamera dan ketika dia muncul kembali, peminat dapat melihat reaksi muka Mark yang seakan sedang menahan marah.
Perbuatan Hae-chan serta reaksi muka Mark tersebut telah menimbulkan spekulasi yang menyatakan bahawa penyanyi idola itu baru sahaja menghisap rokok.
Malah, klip yang ditularkan di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mengkritik perbuatan penyanyi tersebut.
Terlebih dahulu, sebelum ini Hae-chan pernah ditangkap merokok dalam bangunan di salah satu video latihan tarian NCT. Disebabkan itu juga, dia kemudiannya telah didenda oleh pihak berkuasa.
Antara komen netizen mengenai perbuatan Hae-chan ini ialah,
Menjijikkan betul!
Kalau saya jadi Mark, memang saya akan tampar muka dia.
Apa yang dia fikirkan?
Tengok reaksi Mark pun dah boleh tahu betapa marahnya dia dekat Hae-chan.
Dia buat saya rasa nak mencarut.
Berat betul isu ni kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.