Ikuti Kami:

Menjadi Kegilaan Peminat, Ini Rupa 7 Idola K-Pop Popular Sangat Comel Ketika Masih Kecil

Menjadi Kegilaan Peminat, Ini Rupa 7 Idola K-Pop Popular Sangat Comel Ketika Masih Kecil

Comel je kalau korang tengok muka idola K-Pop masa kecil ni.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan gambar 7 idola K-Pop yang sangat comel ketika mereka masih kecil.

D.O EXO

idola comel masa baby

Selain menjadi seorang penyanyi untuk kumpulan lelaki popular EXO, D.O juga merupakan seorang pelakon yang pernah memainkan peranan dalam siri seperti “100 Days My Prince”, “Bad Prosecutor” dan “My Annoying Brother”. D.O mempunyai personaliti yang boleh dikatakan sangat pendiam serta penampilannya sentiasa kelihatan segak. Sejak kecil hingga kini, D.O mempunyai mimik muka yang sangat comel.

Park Jimin BTS

idola comel masa baby

Siapa je yang tidak mengenali Park Jimin, ahli kumpulan lelaki terkenal BTS. Jimin terkenal dengan suaranya yang merdu dan merupakan antara penari terbaik di kalangan ahli kumpulannya.

Jika lihat pada gambar, Jimin sepenuhnya menyerupai foto zaman kanak-kanaknya. Dua ciri penting yang tidak berubah tentang dirinya ialah pipinya yang tembam dan bibir yang menggoda para gadis.

Son Chaeyoung Twice

idola comel masa baby

Chae-young ialah seorang penyanyi rap, penari bagi kumpulan Twice dan juga merupakan pencipta lagu. Dia memulakan kerjayanya di majalah kanak-kanak sebagai model. Chae-young juga terkenal dengan personaliti yang mesra, manis dan penyayang.

Baekhyun EXO

idola comel masa baby

Baekhyun ialah ahli kumpulan lelaki terkenal EXO di bawah SM Entertainment. Dia juga ketua kumpulan yang dipanggil SuperM. Dia terkenal kerana mempunyai vokal yang menarik selain daripada pandai menari. Baekhyun juga mempunyai senyuman yang cantik dan terkenal dengan wajah bayinya yang sangat comel. Penampilannya yang menawan telah membuatkan ramai gadis tergila-gila.

Park Jisung NCT 

idola comel masa baby

Park Ji-sung ialah seorang penyanyi, penari dan pelakon yang mempunyai bakat besar. Dia juga merupakan ahli kumpulan lelaki terkenal, iaitu NCT. Park Ji-sung telah memenangi hati ramai peminat dengan ketinggiannya, penampilan menarik, dan suaranya yang sangat merdu. Park Ji-sung kelihatan mempunyai wajah yang sama seperti imej pada zaman kanak-kanaknya.

Kang Seulgi Red Velvet

idola comel masa baby

Kang Seul-gi ialah seorang penyanyi dan penari untuk ahli kumpulan gadis terkenal, RED VELVET. Dia terkenal dengan populariti, selalu positif, kreativiti dan selera fesyennya yang sangat menarik. Selain itu, dia juga boleh dikatogerikan sebagai selebriti yang serba boleh kerana mempunyai pelbagai bakat luar biasa.

G-Dragon BIGBANG

idola comel masa baby

G-Dragon, dikenali sebagai Raja industri K-Pop. G-Dragon ialah seorang penyanyi rap, penyanyi, pereka fesyen, penerbit rekod, penulis lagu, dan usahawan. Dia adalah ahli kumpulan lelaki terkenal di dunia, iaitu BIGBANG.

G-Dragon telah memenangi banyak anugerah penting, dan dia merupakan satu-satunya artis solo yang memperoleh Anugerah Muzik Asia Mnet Untuk Artis Terbaik. G-Dragon terkenal dengan gaya fesyennya yang hebat dan penampilan yang menarik. Sejak kecil lagi kita boleh lihat dia sangat bergaya.

Comelnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...