Ikuti Kami:

Menghampakan, ‘My Demon’ Tamat Dengan Rating Rendah Tapi Kenapa?

Menghampakan, ‘My Demon’ Tamat Dengan Rating Rendah Tapi Kenapa?

Apa khabar peminat drama “My Demon”?

Siri drama SBS yang dibintangi oleh Kim Yoo-jung dan Song Kang berakhir dengan bahagia, namun hanya meraih rating sekitar 3% pada episod terakhirnya.

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir drama Jumaat-Sabtu yang ditayangkan pada Sabtu lalu mencapai rating nasional sebesar 3.5%. Angka ini sedikit lebih rendah dari rating tertinggi yang dicapai pada episod 8 yang ditayangkan pada bulan lalu, iaitu sekitar 4.7%.

Dalam episod akhir ini, Do Do-hee (Kim Yoo-jung) dan Gu-won (Song Kang) berjaya melawan takdir mereka yang berselirat dan terus hidup bersama hingga ke akhirnya.

my demon

Melihatkan rating yang rendah, ramai yang mula menebak sebab apa “My Demon” gagal meraih perhatian ramai meskipun dibarisi pelakon popular termasulah Lee Sang-yi. Komen orang ramai, keserasian antara Kim Yoo-jung dan Song Kang memang memukau namun lakonan lelaki itu belum mencapai tahap memuaskan.

Bukan itu sahaja, ada yang menyelar “My Demon” kerana memaparkan plot yang klise iaitu perkahwinan kontrak selain drama fantasi yang sudah terlalu banyak dalam arena K-Drama sejak kebelakangan ini.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...