Ikuti Kami:

Mengejutkan Peminat, Jisoo & Camila Cabello Duet Lagu ‘Liar’ Di Konsert BLACKPINK

Mengejutkan Peminat, Jisoo & Camila Cabello Duet Lagu ‘Liar’ Di Konsert BLACKPINK

Siapa sangka, Ji-soo BLACKPINK dan Camila Cabello akan bersama-sama membuat persembahan di atas satu pentas!

Terbaru pada 19 November, BLACKPINK telah mengadakan konsert jelajah dunia “BORN PINK” mereka di Los Angeles.

Selain mempersembahkan lagu kumpulan, setiap ahli turut menghiburkan peminat dengan persembahan solo mereka. Memandangkan Ji-soo masih belum mempunyai lagu solonya sendiri, idola itu telah ‘menggegarkan’ pentas dengan lagu “Liar”, nyanyian asal oleh penyanyi Amerika Camila Cabello.

Istimewa buat peminat di Los Angeles, Ji-soo telah mempersembahkan lagu “Liar”, duet bersama Camila Cabello sendiri di pentas Banc of California Stadium, Los Angeles!

Peminat rata-rata terkejut dengan kolaborasi yang tidak dijangka ini dan turut meninggalkan komen tentang persembahan duet mereka:

Kami perlukan lebih banyak persembahan antara mereka berdua!

 

Saya suka baju Camila. Dia sangat supportive.

 

Persembahan yang sangat ikonik di konsert BLACKPINK setakat ini!

Fuh dua-dua meletop!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...