Ikuti Kami:

Mengejutkan, Lee Taebin Dedah Watak Lee Minhyuk Asalnya Sukakan Joo Seokhoon Dalam ‘The Penthouse’

Mengejutkan, Lee Taebin Dedah Watak Lee Minhyuk Asalnya Sukakan Joo Seokhoon Dalam ‘The Penthouse’

Banyak rupanya plot twist “The Penthouse” yang tidak ditayangkan kepada penonton.

Pelakon Lee Tae-bin yang melakonkan watak Lee Min-hyuk dalam drama popular tersebut mendedahkan satu perkara yang mengejutkan ketika menjadi tetamu dalam program “Video Star”.

Kata Lee Tae-bin, deskripsi wataknya melalui perubahan yang drastik berbanding dengan skrip asal drama itu,

Sebenarnya, pada awalnya, Min-hyuk ditulis sebagai seseorang yang mempunyai perasaan suka kepada Joo Seok-hoon (Kim Young-dae).

Saya mendedahkannya buat pertama kalinya pada hari ini. Disebabkan Min-hyuk menyukai Seok-hoon dan Seok-hoon pula menyukai Bae Ro-na (Kim Hyun-soo), Min-hyuk sepatutnya lebih ke hadapan dan proaktif dalam misi membuli Ro-na. Namun hati Min-hyuk sebenarnya ada pada Seok-hoon.

lee taebin

Walaubagaimanapun, skrip tersebut tidak dimasukkan ke dalam plot akhir drama tersebut. Namun ainya bertukar kepada watak yang disukai Yoo Je-ni (Jin Ji-hee)

Apabila ditanya mengenai musim ketiga nanti dan nasib Logan Lee (Park Eun-seok), Lee Tae-bin sempat mengusik,

Saya tahu jawapannya. Awak mahu saya dedahkannya?

Usik pelakon itu lagi,

Saya sendiri berasa terkejut apabila pertama kali mendapat skrip. Tak kisahlah apa yang bayangkan, musim ketiga adalah lebih hebat berbanding musim pertama dan kedua.

Ni yang makin tak sabar ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...