Ikuti Kami:

“Mengecewakan..” – Yang Sechan Dikritik Ungkit Bekas Kekasih Jun Somin Dalam ‘Running Man’

“Mengecewakan..” – Yang Sechan Dikritik Ungkit Bekas Kekasih Jun Somin Dalam ‘Running Man’

Walaupun sudah berkawan rapat namun terdapat perkara di mana isu sensitif tidak boleh dipermainkan.

Begitulah yang terjadi apabila Yang Se-chan menerima kritikan ramai selepas mengungkit kisah sensitif melibatkan Jun So-min dalam episod terbaru “Running Man”.

Semasa berlawan untk permainan “Of Course”, pelawak itu telah mengungkit mengenai kekasih lama Jun So-min dengan tujuan untuk membuatkannya tidak terkawal,

Mulanya, Yang Se-chan menyebut pekerjaan sebenar lelaki itu namun tidak didedahkan dalam siaran,

Adakah awak masih berjumpa dengannya?

jun somin yang sechan

Kemudian, Yang Se-chan mengusik mengenai babak intim Jun So-min dalam dramanya,

Apabila awak melakukan babak ciuman dalam ‘Show Window’, awak teringatkan lelaki itu kan?

Disebabkan Jun So-min terkesima, Yang Se-chan memenangi misi untuk pusingan berkenaan.

jun somin yang sechan

Selepas ianya disiarkan, rata-rata penonton meluahkan rasa tidak puas hati dengan Yang Se-chan kerana mengungkit mengenai kisah peribadi Jun So-min sekadar untuk kandungan hiburan. Malah pihk produksi juga terkena tempias memandangkan mereka menyiarkan babak berkenaan tanpa suntingan.

Dalam pada itu, pihak “Running Man” tidak memberikan sebarang respon mengenai tayangan ini selain dilihat telah memadam video berkenaan dari laman YouTube rasminya. Walaubagaimanapun, ianya masih ada di laman SBS dan Naver TV.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...