Ikuti Kami:

“Mengandung Ke..” – Bakal Comeback Solo, Foto Terbaru Jennie BP Diejek Netizen

“Mengandung Ke..” – Bakal Comeback Solo, Foto Terbaru Jennie BP Diejek Netizen

Setelah lama menanti, Jennie BLACKPINK akhirnya akan kembali sebagai penyanyi solo!

Tak lama lagi, Jennie akan kembali dengan single barunya berjudul “Mantra” yang akan dilancarkan pada 11 Oktober ini.

Menambahkan lagi keterujaan peminat, idola itu juga telah memuat naik beberapa poster sempena keluaran lagu tersebut dan memaparkan kecantikannya yang tak perlu dipersoalkan lagi.

Namun, salah satu foto Jennie telah menarik perhatian kerana bahagian perutnya yang nampak sedikit berisi dari biasa.

Meskipun ia adalah perkara biasa untuk setiap manusia tetapi segelintir netizen nampaknya tetap mengambil peluang untuk mengkritik bentuk badan Jennie bahkan, ada yang mengejeknya mempunyai badan seperti wanita mengandung.

Menerusi laman X, ramai yang tampil mempertahankan penyanyi “You & Me” itu dan menulis,

  • Rosé kurus pun kena kritik, Jennie nampak berisi pun kena ejek. Apa yang korang nak ni?
  • Mereka semua cemburu je tu dengan badan Jennie.
  • Gila ke diorang ni..
  • Badan Jennie punyalah cantik, tapi tetap ada je nak mengata.

Tak payah layan orang macam ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...