Ikuti Kami:

Menangis Selepas Dikritik Muat Naik Ilustrasi ‘Jari Tengah’, Jeon Jinseo ‘TWOTM’ Akui Susah Jadi Pelakon

Menangis Selepas Dikritik Muat Naik Ilustrasi ‘Jari Tengah’, Jeon Jinseo ‘TWOTM’ Akui Susah Jadi Pelakon

Mencipta nama sebagai pelakon sejak daripada usia yang muda, sememangnya merupakan sesuatu yang membanggakan tetapi sebenarnya menyesakkan dalam masa yang sama. Begitulah yang diakui oleh Jeon Jin-seo yang kian terkenal sejak berlakon sebagai anak Kim Hee-ae dalam drama “The World Of The Married”.

Kalau anda nak tahu, ketika drama popular itu masih lagi ditayangkan, remaja itu telah terpalit dengan satu kontroversi mengenai akhlaknya. Tanpa ribut dengan tiba-tiba satu posting Jeon Jin-seo telah tersebar ke serata laman komuniti. Entri tersebut mengandungi lukisan komik yang menunjukkan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah dengan menggunakan jari tengah dengan kedua-dua belah tangannya.

jeon jinseo kontroversi isyarat lucah

Bukan itu sahaja, lelaki dalam komik tersebut menyebut “Kesemua perempuan boleh berambus”. Tak cukup dengan itu, pelbagai komen Jeon Jin-seo dengan rakannya yang mengandungi pelbagai perkataan mencarut turut disebarkan untuk tatapan umum.

Meskipun agensi naungannya telah tampil dan memohon maaf atas kesilapan tersebut, pelakon remaja tersebut nyata terkesan dengan kritikan negatif yang dilemparkan oleh netizen.

Saya terima hal tersebut sebagai kesilapan saya tetapi masuk sahaja ke dalam bilik solekan, saya mula teresak-esak. Saya menangis selama 20 minit.

jeon jinseo the world of the married

Jelasnya lagi, bukan mudah untuk bekerja sebagai seorang pelakon kerana risaukan pandangan orang sekeliling.

Ianya susah dan tak mudah. Saya mahu keluar dengan kawan dan lakukan perkara normal tetapi saya tak boleh. Apa pun yang saya buat, pasti saya akan mendengar orang bercakap, ‘Macam mana pelakon boleh berkelakuan sebegini?’.

Jeon Jin-seo juga mendedahkan bahawa kadang-kadang dia berasa seperti terus berlakon walaupun berada dalam dunia realiti. Remaja ini juga meminta orang ramai tidak menganggap dirinya sama seperti si degil Jun-young, tetapi sebagai seorang budak yang baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...