Ikuti Kami:

Menang Anugerah ‘Rookie Of The Year’, Lee Mijoo Kongsi Rancangan Untuk Masa Depan

Menang Anugerah ‘Rookie Of The Year’, Lee Mijoo Kongsi Rancangan Untuk Masa Depan

Mi-joo baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah 1st Look.

Setelah kumpulannya LOVELYZ dibubarkan, Mi-joo nampaknya makin aktif dalam program rancangan hiburan seperti “Sixth Sense” dan MC di “Time to Find Me – Who Am I”. Apa yang lebih membanggakan, Mi-joo juga telah memenangi anugerah Female Rookie of the Year’ di ‘2021 MBC Entertainment Awards’. Apabila ditanya sama ada dia menyedari soal popularitinya, Mi-joo menjawab,

Saya mula menikmati penggambaran rancangan hiburan menerusi ‘Sixth Sense’. Saya dapat meluangkan masa yang sangat menyeronokkan dengan ahli lain dalam persekitaran yang mesra, dan saya rasa penonton juga dapat menikmatinya bersama. Berkat itu, saya menerima pelbagai tawaran daripada rancangan hiburan lain, yang amat saya syukuri.

Lee Mijoo Antenna Music

Sementara itu, Mi-joo telah berpindah ke Antenna Music, agensi baharunya, pada tahun lalu. Dia menjelaskan,

Antenna ialah tempat di mana saya boleh memberi tumpuan kepada perkara yang saya mahir. Syarikat ini dipenuhi dengan orang yang baik dan muzik yang bagus, dan ia selaras dengan matlamat peribadi dan rancangan masa depan saya. Saya berharap dapat membuat kerja berpasukan yang baik dengan mereka dan mencapai matlamat saya selangkah demi selangkah.

Di samping itu, Mi-joo juga berkongsi kegembiraannya untuk rancangan masa depannya sebagai pemuzik.

Saya juga ingin mengeluarkan album baharu. Apakah jenis persembahan yang akan saya lakukan? Walau apa pun hasilnya, saya boleh jamin ia akan menjadi sesuatu yang segar.

Lee Mijoo

Mesti ramai yang rindu nak tengok Mi-joo sebagai seorang pemuzik kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...