Ikuti Kami:

Menang Anugerah ‘Pelakon Terbaik’, Kim Taeri Ulas Peluang Untuk Berlakon Dengan Lee Junho

Menang Anugerah ‘Pelakon Terbaik’, Kim Taeri Ulas Peluang Untuk Berlakon Dengan Lee Junho

Kim Tae-ri memang layak menerima anugerah sebagai ‘Pelakon Terbaik’, kan?

Untuk pengetahuan, di ‘Anugerah Baeksang 2022’ yang lalu, Kim Tae-ri telah dinobatkan sebagai ‘Pelakon Wanita Terbaik’ dalam kategori TV dengan dramanya “Twenty Five, Twenty One” dan juga anugerah ‘Populariti TikTok’.

Dalam temu bual bersama dengan JTBC News, pelakon itu mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa ekspetasi untuk menang semasa menghadiri acara anugerah tersebut. Jelasnya sambil ketawa,

Saya tidak gementar kerana saya tidak mempunyai jangkaan. Selepas bahagian pertama acara, saya fikir saya telah memainkan peranan saya. Jadi saya berkata kepada Hyun-wook, ‘Kita mungkin boleh pulang sekarang’.

kim taeri lee junho

Selain itu, Lee Jun-ho turut memenangi anugerah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ di ‘Anugerah Baeksang 2022’. Apabila ditanya sekiranya ada peluang untuk mereka berdua bekerja bersama, Kim Tae-ri menjelaskan,

Kami melakukan temu bual untuk anugerah populariti bersama dan mengambil gambar bersama juga. Saya bersifat ingin tahu, jadi kami bercakap untuk beberapa lama sambil berdiri bersama. Dia sudah pun memulakan projek baharunya. Kami tidak bertemu dalam projek itu, tetapi saya fikir ia adalah seronok untuk bekerja dengannya suatu hari nanti.

Seronok juga kalau dapat tengok Kim Tae-ri dan Lee Jun-ho bergandingan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...