Utama Celebrity News Menang Anugerah Di ‘2019 SBS Drama Awards’, Netizen Tersentuh Lihat Jo Jungsuk...

Menang Anugerah Di ‘2019 SBS Drama Awards’, Netizen Tersentuh Lihat Jo Jungsuk Beri Ucapan ‘Sweet’ Kepada Isterinya

jo jungsuk menang anugerah di sbs drama awards

Kehebatan lakonan Jo Jungsuk sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Meskipun memulakan karier lakonannya menerusi pementasan teater tetapi lelaki itu mendapat pujian ramai apabila menonton lakonan mantapnya dalam filem “Architecture 101”. Dia kemudiannya berjaya mengutuhkan lagi namanya sebagai seorang yang berbakat apabila membintangi beberapa drama popular seperti “Jealousy Incarnation”, “Oh My Ghost”, “The King 2 Hearts” dan banyak lagi.

Lakonannya terus memenangi hati penonton apabila dia telah memenangi anugerah “Pelakon Lelaki Cemerlang” untuk kategori drama panjang bagi drama “Nokdu Flower”. Lelaki itu jelas terkesima dengan kemenangannya itu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton yang setia menantikan “Nokdu Flower” pada saban episod. Selain itu, dia juga bersyukur kerana memilih untuk membintangi drama tersebut dan membantunya mencari semula semangat sebagai seorang pelakon.

jo jungsuk menang di anugerah pelakon cemerlang Pelakon lelaki itu mula bergenang dengan air mata apabila dia berterima kasih kepada ibu serta mendiang ayahnya. Dia menjelaskan bahawa dia sentiasa sebak apabila bercerita tentang ayahnya. Selain itu, dia turut berterima kasih kepada abang, kakak dan juga kakak iparnya serta anak saudaranya yang tak pernah putus memberikan sokongan kepadanya.

jo jungsuk menang anugerah di sbs drama awards

Paling menyentuh hati apabila Jo Jungsuk secara malu-malu menyebut nama isterinya iaitu penyanyi Gummy. “Saya ada ahli keluarga baru sekarang. Saya selalunya tak akan cakap perkara sebegini ketika acara rasmi. Tetapi isteri saya yang walaupun sibuk dengan kerjanya sendiri dan penat menguruskan konsert hujung tahun, dia tetap menjaga saya. Jiyeon (nama sebenar Gummy), saya malu untuk mengatakan ini tetapi saya cintakan awak.”

Kepada yang tidak tahu, Jo Jungsuk telah mengahwini penyanyi Gummy pada Oktober 2018 selepas 5 tahun bercinta. Tahniah kepada Jo Jungsuk atas anugerah itu!

Sumber: Soompi

Loading...