Ikuti Kami:

Menang 2 Anugerah Populariti, Kim Seonho Dilapor Tak Hadiri ‘2021 Asia Artist Awards’

Menang 2 Anugerah Populariti, Kim Seonho Dilapor Tak Hadiri ‘2021 Asia Artist Awards’

Pastinya sukar buat Kim Seon-ho untuk tampil di hadapan orang ramai lagi buat masa ini selepas pendedahan mengenai kisah kehidupan peribadinya dengan bekas kekasih tak lama dulu.

Meskipun terpalit dengan kontroversi ini, rata-rata netizen dan peminat K-Drama menyokong lelaki itu kerana menjadi mangsa keadaan dan penipuan bekas kekasihnya.

Malah peminatnya terbukti kuat apabila berjaya mengundi dan membawa pulang dua anugerah populariti di ‘2021 Asia Artist Awards’ iaitu ‘RET Popularity Award’ dan ‘U+ Idol Live Popularity Award’.

kim seonho

Walaubagaimanapun, mengikut laporan, Kim Seon-ho disahkan tidak akan menghadiri majlis berkenaan untuk membawa pulang anugerah tersebut yang bakal berlangsung pada 2 Disember ini.

Dalam pada itu, Song Ji-hyo yang turut menerima anugerah populariti bagi kategori pelakon wanita telah pun mengesahkan penampilannya di ‘2021 Asia Artist Awards’.

Apa pun, kita nantikan sahaja Kim Seon-ho sudah sedia untuk menemui orang ramai lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...