Apa agaknya khabar Yoo Ah-in dalam tahanan kini?
Terbaru, media Korea telah melaporkan hidangan yang akan diterima oleh dua banduan berprofil tinggi ini semasa cuti Chuseok.
Sarapan pagi akan merangkumi roti, jem, sup, telur rebus, dan susu soya. Makan tengah hari akan menampilkan hidangan tradisional Korea seperti sup kentang, sotong goreng, salad jagung, dan kimchi. Makan malam pula terdiri daripada sup pes kacang soya, nasi sayur gondre dengan sos, rumpai laut, dan kimchi.
Pusat Tahanan Seoul mengesahkan bahawa banduan akan disajikan hidangan istimewa semasa cuti besar ini, walaupun menu sebenar belum didedahkan sepenuhnya. Manakala tahun lalu, banduan disajikan kuih beras tradisional Gangjeong.
Maklumat ini terus mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen Korea. Khabarnya, ramai yang mempersoalkan mengapa penjenayah dilayan dengan begitu baik, menerima makanan enak, dan dibenarkan menonton TV. Beberapa netizen berpendapat bahawa sumber kewangan tersebut sepatutnya diperuntukkan untuk tujuan yang lebih layak, seperti membantu kanak-kanak miskin.
Terdahulu, Yoo Ah-in dituduh melanggar Akta Kawalan Narkotik (ubat psikotropik), penghasutan untuk memusnahkan bukti, melanggar Akta Perkhidmatan Perubatan, dan penipuan.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.