Selepas 16 episod, drama “When The Stars Gossip” telah pun melabuhkan tirainya.
[SPOILER]
Untuk episod terakhir ini, Eve Kim (Gong Hyo-jin) memberitahu kepada Gong Ryong (Lee Min-ho) bahawa dia sedang mengandung anak mereka dan berkeras untuk melahirkan di angkasa, kerana bimbang akan membahayakan nyawa bayi itu jika mereka kembali ke bumi.
Bagaimanapun, kebahagiaan bukanlah milik mereka kerana selepas bersalin, Eve Kim terus meninggal dunia dan Gong Ryong terpaksa meninggalkannya di angkasa dan mengucapkan selamat tinggal.
Bermula dengan rating 3.3%, “When The Stars Gossip” gagal untuk mengekalkan rekod yang tinggi dan hanya mencatat rating 2.6% untuk episod terakhirnya.
Malahan di media sosial, penonton rata-rata kurang berpuas hati dengan ending drama tersebut kerana watak utama wanita yang telah mati dan dialog yang mengelirukan.
Tambahan pula, bajet sebanyak 50 bilion won yang dikeluarkan untuk drama ini juga dianggap sebagai satu pembaziran disebabkan plot drama yang tidak memuaskan.
Hmm apa kata korang pula?