Ikuti Kami:

Memang Tak Hormat Wanita, Netizen Jijik Lihat Layanan Keterlaluan Seungri Pada Kim Sejeong

Memang Tak Hormat Wanita, Netizen Jijik Lihat Layanan Keterlaluan Seungri Pada Kim Sejeong

Meskipun mempunyai imej ‘baik’ pada awalnya, siapa sangka macam ni rupanya perangai sebenar Seung-ri.

Baru-baru ini, skandal kelab malam ‘Burning Sun’ yang melibatkan Seung-ri dan ramai lagi telah kembali disebut, selepas lebih banyak pendedahan yang dibuat menerusi dokumentari BBC.

Berikutan isu yang sedang menjadi perbualan hangat itu, netizen juga telah mengimbas kembali video di mana bekas ahli BIGBANG itu dilihat bersikap ‘tidak hormat’ kepada Kim Se-jeong.

Pada 2018, Se-jeong yang baru sahaja debut telah muncul dalam program “Salty Tours” bersama Seung-ri. Dalam siaran itu, lelaki itu tiba-tiba mencadangkan agar Se-jeong menuangkan bir kepada ahli lelaki yang mana dia rasa paling kacak, membuatkan wanita itu tidak selesa.

seungri kim sejeong

Khususnya, perbuatan itu dianggap sebagai tidak sopan kerana mengikut budaya tradisional Korea, lelaki selalunya akan meminta wanita menuang minuman untuk mereka di rumah pelacuran atau di bar. Tambahan, ia juga membawa maksud yang menuang minuman itu sebagai lebih ‘rendah’ daripada yang menerima minuman.

Makin meluat la tengok Seung-ri ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...