“Friendly Rivalry” telah menarik perhatian ramai dengan teaser adegan ciuman berani di dalam tab mandi antara pelakon utama Lee Hye-ri dan Jung Soo-bin.
Dalam sesi tayangan untuk media “Friendly Rivalry” yang diadakan di Yongsan CGV, Yongsan-gu, Seoul, Hyeri memberi komen tentang adegan ciuman sesama jenis tersebut, menyatakan bahawa dia tidak terlalu bimbang.
Menurut Hyeri, nada emosi dalam adegan itu adalah benar-benar difahami dan meyakinkan, dan adegan ini jelas menunjukkan watak dan akan meningkatkan penceritaan dalam episod seterusnya.
View this post on Instagram
Sementara itu, pengarah Kim menyatakan,
Kami memulakan projek dengan mempertimbangkan sekatan tontonan remaja sejak dari awal. Walaupun ia menggambarkan emosi remaja, ia bukan semata-mata ditujukan untuk penonton remaja.
Drama Korea “Friendly Rivalry” akan mula ditayangkan pada 10 Februari, dengan episod baru bersiaran setiap Isnin, Selasa, dan Rabu pada tengah malam di U+tv dan U+ MobileTV.
Uuu menarik!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.