Mesti ramai peminat tak boleh berhenti dengar lagu baru BLACKPINK “Shut Down”, kan?
Terbaru, BLACKPINK telah melancarkan video persembahan tarian untuk lagu “Shut Down”, memaparkan koreografi penuh untuk lagu tersebut. Tarian BLACKPINK kali ini nampaknya telah berjaya meraih pujian netizen, dengan konsep dan gaya baru yang cuba dibawa mereka.
Khususnya, tarian Lisa yang merupakan penari utama kumpulan itu, telah menarik perhatian ramai dek kemahiran menarinya yang luar biasa dan penuh tenaga menerusi video yang dikeluarkan.
Dengan ini, Lisa sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai penari utama BLACKPINK dan sekaligus layak menerima gelaran ‘penari wanita K-pop terbaik’.
Antara komen netizen mengenai tarian Lisa:
Dia memang dilahirkan untuk membuat persembahan.
Bukan hanya tariannya saja yang bagus malahan, ekspresi wajahnya amat mengagumkan.
Lisa memang penari wanita K-pop terbaik yang saya pernah lihat. Tariannya sangat ‘smooth’ dan puas untuk ditonton.
Korang dah tengok belum video persembahan tarian BLACKPINK untuk lagu “Shut Down”?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.