Ikuti Kami:

“Memalukan Betul..” – Didakwa Tiru BLACKPINK & aespa, Konsep Album Baru ITZY Dikritik

“Memalukan Betul..” – Didakwa Tiru BLACKPINK & aespa, Konsep Album Baru ITZY Dikritik

ITZY yang akan melakukan kemunculan semula tidak lama lagi telah menjadi perbualan ramai disebabkan oleh konsep yang mereka bawakan.

Terbaru, topik mengenai gambar konsep kemunculan semula ITZY iaitu “BORN TO BE” telah diterbitkan di forum atas talian dan mendapat perhatian ramai.

Walaupun topik itu dibuat untuk memuji konsep baru kumpulan itu, ramai mendapati bahawa konsep itu terlalu mirip dengan BLACKPINK dan aespa.

itzy

Malah, disebabkan itu timbul topik baru yang mengesyaki bahawa ITZY telah ‘meniru’ konsep yang dibawakan oleh BLACKPINK dan aespa.

Tidak berhenti di situ, netizen turut mendapati bahawa konsep hitam dan merah yang dibawakan oleh ITZY adalah sama seperti poster “Bad Boy” yang dikeluarkan oleh RED VELVET pada tahun 2018.

itzy rv

Rata-rata komen netizen ialah,

Saya bukan peminat aespa dan ITZY tapi konsep ni betul-betul buat saya teringat dekat aespa.

 

Kenapa mereka nak ambil konsep aespa?

 

Poster RED VELVET lagi cantik dari konsep ni walaupun dah lama dikeluarkan.

 

JYP, tolong lah biar ITZY buat konsep mereka sendiri, kenapa nak kena tiru kumpulan lain?

 

Ni dah macam gabungan aespa dan BLACKPINK.

 

Pakaian mereka pun kelihatan seperti kostum BLACKPINK dalam ‘Pink Venom’.

 

Terlalu sama, memalukan betul!

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...