Ikuti Kami:

“Melampaunya..” – Masuk Tangan Dalam Baju, Netizen Jijik Lihat Peminat ‘Raba’ Yonghwa CNBLUE Di Konsert

“Melampaunya..” – Masuk Tangan Dalam Baju, Netizen Jijik Lihat Peminat ‘Raba’ Yonghwa CNBLUE Di Konsert

CNBLUE telah melakukan konsert jelajah mereka di Hong Kong. Malah, ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di situ selepas ‘hiatus’ selama 6 tahun.

Namun begitu, konsert istimewa ini telah menjadi tular selepas satu video yang menunjukkan Yong-hwa CNBLUE diraba oleh peminat dihantar di media sosial. Di mana, pada ketika itu Yong-hwa dilihat sedang berjalan ke arah penonton dan berdiri di atas penghadang sambil menyanyikan lagu.

Sejurus selepas dia berdiri, peminat telah dilihat memegang tubuh badan Yong-hwa, malah ada juga yang memasukkan tangan ke dalam baju penyanyi tersebut untuk memegang badannya.

Selepas video itu tular, ianya lantas dikritik oleh netizen yang rata-ratanya menganggapnya sebagai gangguan seksual.

Antara komen netizen ialah,

Menjijikkan!

 

Ianya sangat menakutkan, kesian Yong-hwa.

 

Melampaunya?

 

Ni dah dikira sebagai gangguan seksual.

 

Ini konsert ke? Kenapa mereka buat dia seperti itu.

 

Yang masukkan tangan dalam baju tu dah kenapa?

 

Melampaunya siapa yang masukkan tangan dalam baju Yong-hwa tu.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.