Ikuti Kami:

McDonald’s Lancar Kolaborasi Gabungan Menu Bersama BTS Di 50 Negara, Malaysia Pun Ada!

McDonald’s Lancar Kolaborasi Gabungan Menu Bersama BTS Di 50 Negara, Malaysia Pun Ada!

Peminat BTS pastinya gembira apabila rangkaian makanan segera popular McDonald’s mengumumkan yang mereka bakal berkolaborasi dengan kumpulan itu nanti!

Dengan menggunakan nama ‘BTS Meal’, ianya akan menyapa ARMY bermula 26 Mei ini dan ianya boleh didapati di 50 negara seluruh dunia seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, Singapore, Hong Kong, Australia dan banyak lagi. Malaysia pun ada tau!

Menurut media, gabungan menu tersebut dicipta mengikut citarasa ahli BTS sendiri. Ianya akan merangkumi 10 kepingan McNuggets Ayam, kentang goreng saiz medium, minuman saiz medium, bersama dengan sos manis dan sos Cajun yang dicipta oleh McDonald’s Korea.

bts meal

Lagi best kalau bagi freebies BTS dengan setiap pembelian ‘BTS Meal’ ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...