Utama Drama Korea MBC Umum Bakal Tayang Program Bual Bicara Khas Bersama Barisan Pelakon ‘The...

MBC Umum Bakal Tayang Program Bual Bicara Khas Bersama Barisan Pelakon ‘The Red Sleeve’

mbc the red sleeve

Nampaknya ‘demam’ “The Red Sleeve” masih belum tamat lagi!

Terbaru, MBC mengumumkan bahawa para pelakon drama itu akan kembali berkumpul dalam sebuah rancangan bual bicara khas sempena sambutan Tahun Baru Lunar.

Dengan tambahan Lee Jun-ho dan Lee Se-young, pelakon lain termasuklah pelakon veteran iaitu Lee Deok-hwa akan berkumpul sekali lagi bagi berkongsi mengenai pelbagai perkara.

mbc the red sleeve

Saluran itu mendedahkan bahawa program khas itu akan dihoskan oleh Jang Yoo-jung (penyanyi trot) dan suaminya, Do Kyung-wan (pembaca berita) serta Hwang Kwang-hee (ZE:A).

Dipanggil sebagi “Holding On The Red Sleeve”, ianya bakal ditayangkan pada 31 Januari nanti pada jam 11 malam (waktu Korea).

Mesti banyak lagi cerita disebalik tabir yang akan dikongsikan, betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBEROSEN
Loading...