Utama Drama Korea MBC Tayang 2 Episod ‘The Red Sleeve’ Pada Hari Krismas

MBC Tayang 2 Episod ‘The Red Sleeve’ Pada Hari Krismas

mbc the red sleeve

Ada hadiah istimewa buat semua peminat “The Red Sleeve”!

MBC mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan episod ke-13 seperti biasa pada 24 Disember namun kedua-dua episod 14 dan 15 akan ditayangkan pada 25 Disember. Ini bermakna penonton dapat menikmati dua episod drama bersejarah berkenaan secara berturut-turut semasa hari Krismas nanti.

mbc the red sleeve

“The Red Sleeve” yang berdasarkan novel, mengisahkan hubungan romantik di antara pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta.

Yes! Seronoklah cuti nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...