Ikuti Kami:

“Mati Sebagai Manusia Atau Hidup Sebagai Raksasa” – Sebab Anda WAJIB Tonton ‘Sweet Home’ Di Netflix Kini

“Mati Sebagai Manusia Atau Hidup Sebagai Raksasa” – Sebab Anda WAJIB Tonton ‘Sweet Home’ Di Netflix Kini

Rasanya ramai yang dah tak sabar nak tonton drama adaptasi daripada webtoon popular iaitu “Sweet Home” kan?

Kalau anda nak tahu, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Di kesempatan ini, KimchiDaily diberi peluang untuk menyertai sidang media rasmi “Sweet Home” pada 16 Disember lepas bagi mendapatkan jawapan mengenai keistimewaan siri ini. Mesti curious kan?

netflix sweet home

Sidang media “Sweet Home”

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, mengapa pengarah Lee Eung-bok memilih untuk mengadaptasi webtoon ini meskipun banyak lagi naskhah lain berkaitan raksasa.

Saya sudah biasa melihat banyak naskhah yang menampilkan raksasa tapi saya tak pernah nampak lagi raksasa yang dilahirkan atas sebab keinginan mereka. Jadi, saya rasa ia merupakan satu elemen yang menarik.

Pelbagai watak unik di Green Home

Watak utama dalam drama ini iaitu Cha Hyun-su lakonan Song Kang digambarkan sebagai seorang yang telus dan naif namun berubah personanya apabila memegang lembing di tangannya ketika melawan raksasa.

Bertambah menarik kerana Lee Jin-wook yang lebih dikenali dek mata yang kuyup dan drama romantiknya bakal menunjukkan perubahan yang besar dalam “Sweet Home” sebagai watak Pyeon Sang-wook, seorang bekas detektif yang kejam dalam menegakkan keadilan.

netflix sweet home

Watak Pyeon Sang-wook lakonan Lee Jin-wook

Katanya, dia mahu penonton tidak mengenali dia adalah Lee Jin-wook apabila menonton drama itu nanti.

Sesiapa yang pernah membaca webtoon tersebut pasti tahu dan juga yang bakal menonton drama ini nanti, watak Pyeon Sang-wook langsung tidak membuatkan anda teringatkan mengenai pelakon Lee Jin-wook. Jadi, saya telah menyiapkan diri dan cuba untuk menampilkan sisi lain yang tidak dijangka supaya anda tidak mengenali saya.

Bukan itu sahaja, pengarah Lee Eung-bok mengatakan bahawa apabila melihat watak Seo Yi-kyung iaitu seorang ahli bomba, dia hanya terbayangkan pelakon Lee Si-young sebagai calon yang paling sesuai untuk menghidupkan karakter tersebut.

netflix sweet home

Watak Seo Yi-kyung lakonan Lee Si-young

Malah pelakon wanita itu meluahkan rasa terima kasih dengan tawaran tersebut selain dikhabarkan menjalani latihan ketahanan diri selama 6 bulan sebelum penggambaran “Sweet Home” bermula dek pelbagai babak aksi yang perlu dilakonkannya.

Disebabkan terdapat babak saya menayangkan badan dalam drama ini dan kadang-kadang saya hanya tampil dengan pakaian dalam, jadi saya mahu kelihatan fit. Kalau nak dibandingkan dengan drama saya yang lain, rasanya drama ini adalah yang paling mencabar.

“Sweet Home” ternyata istimewa kerana dilengkapi dengan pelbagai watak unik yang tinggal bersama di Green Home. Dengan mata tajamnya, Lee Eun-hyuk (Lee Do-hyun) nampak seperti seorang yang tidak berperasaan kerana tegas apabila membuat keputusan. Namun sebenarnya si bijak pandai matematik ini hanya mahu kesemua penduduk Green Home selamat daripada dibaham raksasa yang berkeliaran di sekitar mereka.

netflix sweet home

Watak Lee Eun-hyuk lakonan Lee Do-hyun

Selain itu, Jung Jae-heon (Kim Nam-hee) iaitu seorang guru bahasa Korea dan merupakan penganut agama Kristian yang taat. Meskipun seorang yang tenang biasanya namun lelaki ini tidak beri muka langsung apabila cuba menewaskan raksasa liar di bangunan itu.

netflix sweet home

Watak Jung Jae-heon lakonan Kim Nam-hee

Lee Eun-yu (Go Min-si) merupakan gadis memberontak dan langsung tidak hiraukan perasaan orang lain dek lidahnya yang berbisa. Terseksa dengan insiden yang membuatkan dia harus berhenti menari ballet, dia mula matang apabila melihat Cha Hyun-su yang digunakan dalam perang melawan raksasa ganas itu.

Selain itu, Park Gyu-young membawa watak Ji-su yang ceria namun bertukar ganas apabila melawan raksasa menggunakan kayu besbol dilengkapi dengan dawai tajam. Park Yu-ri (Go Yoon-jung) pula merupakan seorang residen Green Home yang paling tenang ketika berhadapan dengan situasi genting ini malah dia juga bertugas untuk merawat sesiapa yang tercedera kerana pengalamannya dalam menjaga pesakit tua.

netflix sweet home

Watak Ji-su lakonan Park Gyu-young

Raksasa yang nampak ‘real’

Khabarnya, “Sweet Home” mengambil masa lebih setahun setengah untuk dihasilkan bagi memberikan yang terbaik untuk watak raksasanya yang hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Menurut pengarah Lee Eung-bok,

Saya tak mahu mengecewakan peminat asal webtoon ‘Sweet Home’, jadi kami hidupkan raksasa tersebut sama seperti apa yang terdapat dalam naskhah asal.

Lebih gempak kerana “Sweet Home” dilengkapi dengan bantuan visual yang mantap daripada syarikat SFX iaitu Spectral Motion. Biasa bekerjasama dengan drama siri “”The Stranger Things”, raksasa dalam “Sweet Home” juga nampak ‘hidup’ atas hasil usaha mereka. Tak cukup dengan itu, drama ini turut bekerjasama dengan Westworld iaitu sebuah pasukan VFX yang paling top di Korea. Sebab itulah anda pasti akan terpegun melihat semua efek CG dalam “Sweet Home” nanti, sebab ianya dihasilkan oleh pasukan yang hebat dan berbakat besar!

netflix sweet home

Mesej penting dalam “Sweet Home”

Pengarah Lee Eung-bok juga tidak lupa untuk meninggalkan pesanan buat penonton “Sweet Home” nanti.

Walaupun banyak raksasa yang muncul pada awalnya nanti, kisah sebenar yang saya mahu sampaikan adalah mengenai manusia. Saya mahu menanyakan soalan ‘Apa itu raksasa?’. Salah satu dialog Cha Hyun-su ialah ‘Ada raksasa yang tidak menyerang manusia’. Hanya kerana seseorang itu menyerupai raksasa, tidak semestinya mereka adalah jahat dan saya mahu sampaikan perkara itu tanpa prejudis menerusi projek ini.

netflix swee home

Watak Cha Hyun-su lakonan Song Kang

Nampak kan betapa seronoknya plot cerita dan watak dalam “Sweet Home”? Jadi anda WAJIB tonton drama ini menerusi Netflix bermula hari ini (18 Disember). Hanya ada 10 episod sahaja, jadi korang boleh tonton sekaligus dan marathon sepanjang hujung minggu ini.

Siapa tak tonton, serius rugi sampai tak boleh tidur malam!

netflix sweet home

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...