Ikuti Kami:

Mati Jatuh Flat & Keluarga Berkelakuan Pelik, ‘She Knows Everything’ Siasat Misteri Kematian Dalam 4 Episod Sahaja

Mati Jatuh Flat & Keluarga Berkelakuan Pelik, ‘She Knows Everything’ Siasat Misteri Kematian Dalam 4 Episod Sahaja

Walaupun ramai sebenarnya yang suka tonton drama romantik yang feeling habis tapi sebenarnya ada juga penonton yang lebih gemarkan naskhah yang gelap dek rasa saspens yang buat mereka tak senang duduk. Tambahan pula drama yang berunsur pembunuhan membuatkan ramai yang berasa teruja untuk mencari siapakah dalang sebenar dan mengikut sama dalam misi watak utama untuk membongkar kebenaran.

Sama juga dengan drama terbaru di bawah tayangan MBC iaitu “She Knows Everything” yang membawa kisah pembunuhan yang mendebarkan.

Sinopsis “She Knows Everything”

Sebuah kejadian misteri telah berlaku di sebuah bangunan pangsapuri yang bakal melalui proses pengubahsuaian. Disebabkan oleh personaliti penyibuknya, Lee Goong-bok (Kang Sung-yeon) yang merupakan ejen hartanah di situ telah cuba menyiasat insiden yang terjadi sambil dibantu oleh detektif veteran, In Cheol-ho (Jo Han-sun).

she knows everything

Kepada sesiapa yang sukakan drama thriller misteri namun tak betah nak tengok sampai berbelas episod. “She Knows Everything” memang diciptakan untuk anda! Ini kerana ia hanyalah siri pendek dan mempunyai 4 episod sahaja.

Dipuji penonton

Walaupun bersiaran bermula dua minggu lepas dan tamat kelmarin (16 Julai), drama misteri ini menerima pujian penonton kerana isi kandungannya yang padat dan mendebarkan. Ramai yang tertanya-tanya punca sebenar kematian Yoon Su-jin yang dikatakan kerana jatuh daripada balkoni rumahnya namun hasil siasatan mendapati dia mati dek dicekik sehingga kelemasan.

Selepas diselidik, terdapat banyak perkara atau pun figura yang tidak menyenangkan di sekeliling wanita itu. Bekerja sebagai cikgu sementara, Yoon Su-jin juga mencari rezeki dengan bekerja sebagai model pakaian. Oleh kerana bukti yang kurang kerana rakaman CCTV yang dah dipadam selain bunyi yang kuat di sekeliling pangsapuri tersebut kerana proses pembinaan baru membuatkan misi mencari pembunuh sebenar sukar.

she knows everything

Bukan itu sahaja, orang terdekat yang berkaitan dengan Yoon Su-jin juga bukanlah seperti apa yang disangkakan. Kesemua plot twist ini nyata berjaya membawa drama “She Knows Everything” daripada genre misteri kepada kemanusiaan.

Siapa yang dah terpikat apabila mendengar kisah ini, jangan lupa untuk saksikan “She Knows Everything” sekarang juga. 4 episod sahaja!

Tak payah susah mencari, anda boleh tonton drama ini menerusi saluran Oh!K (Astro 394) pada setiap Khamis dan Jumaat pada jam 7.40 pm (waktu Malaysia).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...