Ikuti Kami:

“Mata Saya Berair” – Kim Woobin Kongsi Perasaan Pertama Kali Muncul Di TV Selepas Sembuh Kanser

“Mata Saya Berair” – Kim Woobin Kongsi Perasaan Pertama Kali Muncul Di TV Selepas Sembuh Kanser

Hampir beberapa tahun menghilangkan diri dahulu kerana menghidapi kanser, Kim Woo-bin nampaknya semakin sihat dan ceria kini.

Terbaru, semasa menyertai “Unexpected Business 2” sebagai tetamu, pelakon lelaki itu telah berkongsi pengalaman muncul pertama kali di khalayak ramai sebagai penyampai anugerah di ‘2019 Blue Dragon Awards’ selepas berjaya melawan penyakit tersebut.

Ujar Lee Kwang-soo,

Berair mata saya apabila melihatnya di sana.

lee kwangsoo unexpected business 2

Kata Jo In-sung pula,

Ya kan? Saya juga merasai perkara yang sama.

Kongsi Kim Woo-bin mengenai perasaannya pada ketika itu,

Saya sangat gementar. Tapi saya berterima kasih apabila mendengar tepukan gemuruh daripada awak semua.

kim woobin unexpected business 2

Sambung Jo In-sung sambil tersenyum,

Kami semua menyokong awak. Awak mesti tak tahu akan buat kemunculan pertama di TV menerusi program hiburan kan?

Celah Lee Kwang-soo,

Sudah lama kita tak muncul bersama seperti ini. Sayangnya, kita terpaksa memakai pelitup muka.

kim woobin unexpected business 2

Kim Woo-bin kemudiannya memberikan ucapan istimewa buat neneknya,

Saya tak pasti sama ada nenek saya akan mengenali saya dengan pelitup muka tapi ada sesuatu yang saya mahu sampaikan kepadanya.

Melihatkan perkongsian Kim Woo-bin itu, kebanyakan penonton meluahkan rasa gembira mereka melihatkan lelaki itu yang nampak bahagia kini selain berharapkan dia agar terus sihat selamanya.

Seronok kan lihat Kim Woo-bin sihat kini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...