Ikuti Kami:

Masuki Separuh Kedua, Rating ‘Twenty Five, Twenty One’ Pertama Kali Lepasi 10%

Masuki Separuh Kedua, Rating ‘Twenty Five, Twenty One’ Pertama Kali Lepasi 10%

“Twenty Five, Twenty One” merupakan drama kegemaran ramai kini!

Sudah pun hampir separuh jalan, pelbagai onak duri yang dilalui di antara watak utamanya membuatkan penonton tak terlepas setiap episod drama ini.

Untuk tayangan terbarunya iaitu episod ke-8, “Twenty Five, Twenty One” berjaya mencipta rekod baru di mana ia buat pertam akali mencapai rating dua digit. Menurut Nielsen Korea, naskhah itu melepasi rating 10% dengan catatan 10.9% sekaligus merupakan catatan terbaiknya setakat ini.

tvn twenty five twenty one

[Amaran SPOILER]

Dalam episod ini, Na Hee-do mula menyedari perasaannya terhadap Baek Yi-jin dan hubungan yang berantakan di antara gadis itu dan Ko Yu-rim melangkah ke fasa baru selepas dia menyedari bahawa musuhnya itu berkemungkinan merupakan ‘rakan internet’ Injeolmi yang disayanginya.

Untuk pengetahuan. “Twenty Five, Twenty One” membawa kisah dua orang yang pertama kali berjumpa semasa mereka 22 dan 18 dan memulakan cerita cinta mereka 4 tahun kemudian, pada usia 25 dan 24. Drama ini memaparkan cerita muda-mudi yang melalui pelbagai perkara seperti romantik, perkembangan dan persahabatan.

Best kan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...