Ikuti Kami:

“Masih Tunggu Kita” – Lagu Solo V BTS Ditujukan Khas Buat ‘Teman Wanita’ Jennie BP?

“Masih Tunggu Kita” – Lagu Solo V BTS Ditujukan Khas Buat ‘Teman Wanita’ Jennie BP?

Betul ke lagu solo V BTS ditujukan buat ‘teman wanita’nya Jennie BLACKPINK?

Untuk pengetahuan, V akan melakukan debut solonya dengan album “Layover” yang akan mengandungi sejumlah 5 lagu, bakal dilancarkan pada 8 September ini.

Menarik perhatian, lirik lagu kepada salah satu lagu dalam album tersebut iaitu “For Us”, disyaki merupakan mesej dari V buat Jennie. Khususnya, lirik itu berbunyi,

Sekarang awak masih di California. Saya masih menunggu kita. Adakah awak akan mengubah fikiran awak. Saya akan berikan segalanya. Untuk kita.

Menurut netizen, Jennie mempunyai rumah di LA iaitu bandar di California dan pernah berkongsi dalam sebuah vlog mengenainya.

jennie v bts

Oleh itu, mereka membuat spekulasi bahawa V seolah-olah memberi petunjuk kepada orang ramai mengenai hubungannya bersama ahli BLACKPINK itu dan memberikan sokongan padu.

Bagaimanapun, ada juga yang percaya bahawa ia hanyalah kebetulan semata-semata dan lirik lagu itu tidak mengisahkan tentang sesiapa.

Hmm..korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...