Ikuti Kami:

Masih Suami Orang, Hong Sangsoo Muncul Bahagia Bersama Kim Minhee Di Festival Filem Berlin

Masih Suami Orang, Hong Sangsoo Muncul Bahagia Bersama Kim Minhee Di Festival Filem Berlin

Walaupun dikritik ramai, namun pengarah Hong Sang-soo dan Kim Min-hee sepertinya tidak kisah menayangkan hubungan romantik mereka di khalayak ramai.

Terbaru, pasangan kekasih itu dilihat menghadiri Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-72 di mana naskhah “The Novelist’s Film” arahan lelaki itu dan dilakonkan oleh Kim Min-hee di anugerahkan ‘Anugerah Silver Bear’.

Semasa di atas pentas Hong Sang-soo dilihat rapat dengan kekasihnya itu,

Awak mesti beri ucapan juga, buka pelitup muka itu.

kim minhee hong sangsoo

Ucap Kim Min-hee,

Terima kasih. Apabila saya menonton filem ini tadi, saya merasakan bahawa penonton benar-benar menyukainya. Saya tidak mampu mengucapkan terima kasih, namun ianya sangat menyentuh hati. Saya tak akan lupa momen semasa menonton filem ini pada kali ini. Terima kasih banyak.

Kim Min-hee dilihat tidak dapat menahan tangisan dan Hong Sang-soo menyambung ucapan kemenangan itu.

Untuk pengetahuan, pasangan ini mula menjalinkan hubungan intim menerusi filem “Right Now, Wrong Then” pada tahun 2015. Kedua mereka bagaimanapun dikritik netizen memandangkan lelaki itu yang sudah pun mempunyai isteri dan anak.

kim minhee hong sangsoo

Pun begitu, mereka berdua terus mengakui perasaan cinta di khalayak umum semasa sidang media filem “On The Beach At Night Alone” pada 2017 meskipun tidak direstui,

Kami saling mencintai.

Pada tahun 2019, Hong Sang-soo kalah dalam saman cerai yang difailkan isterinya dan mengiku undang-undang, kedua mereka masih lagi sah berkahwin. Tanpa mengira keputusan mahkamah itu, pengarah tersebut dan Kim Min-hee masih lagi meneruskan hubungan cinta yang sudah menjangkau 8 tahun kini.

Kalau dah cinta kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...