Masih Rendah Diri, Peminat Puji Kim Hyesoo Beri Layanan Baik Walaupun Terkenal
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Walaupun pelakon Kim Hye-soo sememangnya figura yang terkenal, namun dia masih melayan peminat dengan baik.
Pada tayangan perdana drama bersejarah terbaru tvN, “Under The Queen’s Umbrella”, Kim Hye-soo dilihat tampil dengan menggayakan pakaian berona serba hitam.
Paling menarik perhatian adalah apabila rata-rata dalam kalangan peminat memuji bagaimana Kim Hye-soo melayan mereka sewaktu di tayangan perdana tersebut.
Terbaru, terdapat satu video yang mula tersebar di laman Twitter di mana Kim Hye-soo berjalan kearah peminat sejurus sahaja dia menyedari mereka ingin memberi hadiah kepada dan memeluk mereka sebelum beransur.
난 정말 김혜수가 연예인의 정석이라고 생각해 pic.twitter.com/HoUg1oiGtt
— 쿠인 (@Q6uSm6) October 7, 2022
Melihat kepada tahap ramah mesra Kim Hye-soo, peminat amat mengagumi dan memujinya kerana tidak sombong walaupun kini dia merupakan antara yang terkenal dalam industri.
“Saya rasa Kim Hye-soo adalah figura yang mencapai tahap ‘selebriti’.”
“Saya sebagai peminat pun cemburu.”
“Saya pun ingin dipeluk.”
“Mak saya pernah menjadi jurugaya untuk Kim Hye-soo dan mak saya berkata dia adalah artis yang paling elegan dan baik hati.”
Bagus lah Kim Hye-soo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




