Ikuti Kami:

Masih Popular! 220,000 Undian Penonton Diterima Bagi Siaran Langsung Ulang Tahun Ke-10 ‘Running Man’

Masih Popular! 220,000 Undian Penonton Diterima Bagi Siaran Langsung Ulang Tahun Ke-10 ‘Running Man’

Selepas diberitahu bahawa sesiapa yang sampai awal ke lokasi yang ditetapkan pada keesokan paginya, mereka akan mendapat kelebihan dalam menyelesaikan misi untuk penggambaran tersebut. Jun So-min yang berdedikasi telah hadir sejam lebih awal dan kemudiannya diikuti oleh Lee Kwang-soo dan Yang Se-chan.

Namun paling mengejutkan apabila Song Ji-hyo merupakan ahli ke-4 yang sampai ke lokasi tersebut, sesuatu yang jarang berlaku. Bahkan Lee Kwang-soo memberikan tepukan gemuruh kerana terkejut melihat wanita itu yang buat pertama kalinya hadir awal semasa hari penggambaran.

Selepas kesemua 8 ahli tiba, mereka dibenarkan untuk memilih watak yang akan dimainkan untuk misi pada hari tersebut iaitu cabaran ‘Pencuri Misteri Running Man’ bagi menyambut ulang tahun ke-10 rancangan tersebut.

running man 10 tahun

Ji Suk-jin merupakan orang kaya yang telah menjemput kesemua ahli lain ke rumahnya untuk satu keramaian, Jun So-min ialah seorang penjudi, Lee Kwang-soo ialah seorang hakim, Yang Se-chan ialah seorang detektif, Song Ji-hyo ialah peguam, Kim Jong-kook ialah seorang penganalisis, Haha pula ialah penjual insurans dan Yoo jae-suk ialah pembantu rumah Ji Suk-jin.

Dalam cabaran kali ini, mereka perlu mengenalpasti dua pencuri misteri yang menyorok dalam kalangan ahli “Running Man” dengan bantuan penonton di rumah. Setiap daripada ahli diberi peluang untuk menyelongkar bilik simpanan Ji Suk-jin selama 50 saat. Dalam masa yang sama juga, pencuri tersebut akan mengambil jongkong emas dalam peti simpanan Ji Suk-jin dan memindahkannya ke dalam peti simpanan pencuri.

running man 10 tahun

Menerusi pelbagai misi lain, setiap ahli berpeluang untuk melihat sedutan pendek CCTV ketika ahli yang terpilih masuk menggeledah bilik tersebut. Daripada situ dan juga tebakan ahli “Running Man”, penonton akan mengundi dan menentukan siapakah pencuri dalam kalangan mereka.

Bagi memudahkan mereka memberkas dua penjenayah tersebut, setiap daripada watak tersebut mempunyai kelebihan masing-masing. Yoo Jae-suk si pembantu rumah mempunyai kod kepada peti simpanan Ji Suk-jin, detektif Yang Se-chan pula mempunyai hal untuk melihat rakaman CCTV ahli yang dipilihnya selama 20 saat dan pekerja insurans diberi kelebihan untuk mengetahui jumlah jongkong emas yang tinggal.

Selepas ada jongkong emas yang dilaporkan hilang, ahli “Running Man” mula menjalankan misi mereka. Dalam perbicaraan pertama, Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo telah dipilih sebagai suspek utama. Disebabkan oleh jawapan Yoo Jae-suk mengenai bilangan jongkong emas hilang tidak sama seperti informasi yang diperolehi oleh Haha, pembantu rumah itu menjadi calon utama pencuri misteri itu.

running man 10 tahun

Semasa perbicaraan kedua, Lee Kwang-soo menerima undian terbanyak dan terbukti bahawa dia adalah salah seorang daripada pencuri tersebut. Selepas terbukti bersalah, Lee Kwang-soo secara terangan mencuri jongkong emas yang ada bagi membantu pencuri seorang lagi yang masih tersembunyi identitinya.

Siaran langsung untuk sambutan ulang tahun ke-10 hanya bermula semasa sampai ke isi yang terakhir sekali. Kelakar apabila Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook muncul dengan kostum zombi daripada drama “Kingdom” dan watak ‘Kaonashi’ bagi menjalani hukuman daripada dua episod yang lepas.

running man 10 tahun

Mengambil kira undian terakhir daripada penonton, Yoo Jae-suk kemudiannya dipilih sebagai suspek utama bagi pencuri yang kedua. Bahkan pengacara itu menerima lebuh 50,000 pencalonan daripada 220,000 undian yang diterima. Tapi tak disangka apabila Yang Se-chan sebenarnya adalah pencuri sebenar yang berkomplot dengan Lee Kwang-soo.

Bagi mengakhiri episod tersebut, Haha, Song Ji-hyo, Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook telah dihukum dengan jirusan lumpur kerana berada di empat tangga teratas daripada undian yang diterima.

running man 10 tahun

Siapa sangka “Running Man” mampu bertahan sehingga 10 tahun lamanya. Semoga kita akan bertemu lagi sehingga 10 tahun akan datang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...