Ikuti Kami:

Masih Menyengat! Drama ‘Special Labor Inspector’ Menang Anugerah Di Festival TV New York

Masih Menyengat! Drama ‘Special Labor Inspector’ Menang Anugerah Di Festival TV New York

Siapa pernah tonton drama “Special Labor Inspector” yang pernah ditayangkan pada tahun lepas? Dengar khabar drama ini telah memenangi anugerah perak di Festival TV New York baru-baru ini!

Drama ini membawa kisah seorang jurulatih judo yang tidak mampu bertoleransi dengan ketidakadilan. Dia yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan kemudiannya dinaikkan pangkat kepada pegawai buruh di Kementerian Sumber Manusia Dan Buruh.

Pegawai Jo Jin-gap (Kim Dong-wook) ialah seorang yang bekerja keras dan jujur selain mementingkan keadilan. Pernah menjadi atlet judo kebangsaan namun menghentikan kariernya itu selepas membentak dek keputusan berat sebelah daripada pengadil dalam satu pertandingan yang disertainya.

drama special labor inspector menang anugerah perak di festival tv new york

Menggalas tugas sebagai pegawai tersebut, Jin-gap mengenal pasti dan menyiasat kesalahan mengenai kondisi kerja mengikut Akta Buruh. Dengan kemahirannya, dia menangkap ahli perniagaan dan bos yang bertindak tidak adil terhadap pekerja mereka.

Kisah ini membawa gambaran realistik mengenai masyarakat yang ditindas oleh majikan selain mendedahkan korupsi yang berlaki dalam perniagaan dan sktor buruh. Kebanyakan penonton meluahkan rasa bangga dengan drama itu kerana menonjolkan isu yang sering dialami mereka dalam dunia nyata.

Disebabkan oleh kejayaan ini, pengarah drama tersebut turut meluahkan rasa berterima kasih kepada penonton,

Saya meluahkan rasa terima kasih kepada penonton yang terus menyokong drama ini. Diharapkan ramai yang akan terus mengingati naskhah ini apabila mengalami masalah yang sama di tempat kerja masing-masing.

drama special labor inspector menang anugerah perak di festival tv new york

Tahniah kepada pasukan “Special Labor Inspector”! Kepada yang belum menonton, jangan lupa untuk saksikannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...