Ikuti Kami:

Masih Dalam Industri, Kwon Sohyun Berjaya Bina Nama Menerusi Kerjaya Lakonan

Masih Dalam Industri, Kwon Sohyun Berjaya Bina Nama Menerusi Kerjaya Lakonan

Walaupun kumpulan dah dibubarkan, ternyata artis ini masih dalam industri..

Pembubaran kumpulan 4Minute pada 2016, semestinya mengejutkan industri hiburan K-Pop terutamanya peminat mereka. Sehingga kini, jarang sekali kita mendengar khabar tentang ahli-ahli lain selain Hyuna kan?sohyunNamun, bekas maknae kumpulan itu, Kwon So-hyun sebenarnya meneruskan kerjaya dalam industri hiburan sebagai pelakon pula, dan dia sangat bersyukur dengan keputusan yang dibuat.

Baru-baru ini dia tampil sebagai teraju utama dalam filem “Through My Midwinter” yang dilancarkan di pawagam pada 30 November lalu. Bergandingan bersama pelakon Kwon Da-ham, dua pelakon ini berjaya meraih maklum balas yang positif daripada penonton. kwon sohyunMalah, kualiti lakonan Kwon So-hyun dalam filem itu juga berjaya mencuri tumpuan pengkritik filem, Lee Dong-jin. Dia berkata,

Saya tak sabar nak tengok kualiti lakonan Kwon So-hyun di masa akan datang, selepas saya melihat “Through My Midwinter”. 

Sebenarnya, banyak lagi projek-projek yang mejadi lonjakan kerjaya lakonan Kwon So-hyun, antaranya, The Secret Life Of My Secretary”, “Class Of Lies”, “Love All Play” dan juga terbaru, “The Killer’s Shopping List”.

Korang suka tak lakonan Kwon So-hyun?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...