Ikuti Kami:

Masih Belum ‘Move On’? Han Sohee Teruk Dikecam Dek Didakwa Buka Akaun IG Palsu Untuk Kutuk Hyeri

Masih Belum ‘Move On’? Han Sohee Teruk Dikecam Dek Didakwa Buka Akaun IG Palsu Untuk Kutuk Hyeri

Baru-baru ini, pelakon Jeon Jong-seo dilihat telah mengikuti satu akaun Instagram, yang sering meninggalkan komen jahat di hantaran Hye-ri.

Khususnya, perbuatan itu telah menimbulkan persoalan sehingga ada yang mendakwa bahawa akaun yang bernama ‘catsaretheavengers’ tersebut adalah milik Han So-hee.

Meninjau Instagram Hye-ri, akaun palsu itu ada menulis komen seperti,

Baguslah Hye-ri dapat banyak ‘likes’, terima kasih kepada Han So-hee. Sayang sekali sekarang ‘like’ awak dah tak banyak. Aw.

han sohee hyeri

Bukan sahaja kerana Han So-hee dan Jeon Jeong-seo bersahabat malahan, gambar profil yang digunakan untuk akaun Instagram palsu itu juga adalah gambar yang pernah dimuat naik pelakon “My Name” itu sebelum ini.

Sebagai respon, agensi Han So-hee memberitahu,

Kami sedang menyemaknya.

Mengenai sebab Jeon Jong-seo mengikuti akaun tersebut pula, agensi menyatakan,

Sukar untuk mengesahkan kerana ia adalah kehidupan peribadinya.

Sementara itu, Han So-hee dan Jeon Jong-seo bakal menemui penonton menerusi drama baru mereka “Project Y”, dijangka akan ditayangkan pada 2025 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...